MARI BELAJAR BAHASA MALAYSIA
BLOG INI DICIPTA KHUSUS UNTUK MURID-MURID TAHAP 1.
Sunday, 29 April 2012
Thursday, 19 April 2012
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Latar Belakang
Kurikulum
Sekolah Rendah
1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Asas Penggubalan
KSSR
v
Berteraskan
falsafah pendidikan kebangsaan
v
Berasaskan
prinsip KBSR :
-
Pendekatan
Bersepadu
-
Perkembangan
individu secara menyeluruh
-
Peluang
& kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
-
Pendidikan
seumur hidup
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR dugubal
berasaskan standard kandungan & standard pembelajaran
Standard kandungan
|
Standard Pembelajaran
|
Penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui & boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
|
Satu penetapan criteria atau indicator
kualiti pembelajaran & pencapaian yang boleh di ukur bagi setiap standard
kandungan
|
Mengapa
Standard ?
v
Memastikan
semua murid mencapai tahap yang ditetapkan dalam standard
v
Membolehkan
pengetahuan, kemahiran & nilai diukur dengan jelas
v
Memberi
focus terhadap keberkesanan perlaksanaan pengajaran & pembelajaran
v
Mengenalpasti
strategi penambahbaikkan (Assessment For Learning)
Dokumen Kurikulum
v
Bahan
Kurikulum
-
Dokumen
Standard Kurikulum
v
Bahan Sokongan
-
Buku Teks
-
Buku Panduan
Pengajaran
-
Buku Panduan
Kreativiti
-
Buku Panduan
Keusahawanan
-
Buku Panduan
TMK
Penilaian Pengajaran &
Pembelajaran
v
Dijalankan
secara berterusan untuk mengesan perkembangan & pencapaian murid dalam
pembelajaran
v
Menggunakan kaedah
penilaian pelbagai
v
Bersifat
autentik & holistic
Kesimpulan
v
Meningkatkan
kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini &
abad ke-21
v
Guru
memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran & pembelajaran
yang berkesan; dan
v
Kejayaan
transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak
termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum ibu bapa serta pihak
berkepentingan
Apakah Elemen Tambahan Dalam
KSSR?
v
Elemen
merentas kurikulum sediaada ditambah dengan memperkenalkan elemen
-
Kreativiti
& Inovatif
-
Keusahawanan
-
Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
v
EMK ini
bertujuan untuk member lebih focus bagi pembangunan modal insane yang:
-
Berfikiran
kreatif, kritis & inovatif
-
Mempunyai
cirri & sikap keusahawanan
-
Serta dapat
menguasai kemahiran TMK
Matlamat
“Menghasilkan insan berdaya cipta dan
berkeupayaan menghasilkan idea & ciptaan yang berkualiti yang menjadi
amalan & budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang kearah pembangunan
masyarakat, bangsa, negara dan agama.”
dipetik :
Bahagian Pembangunan
Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Monday, 26 March 2012
KSSR Terap 1Malaysia
KSSR terap 1Malaysia
KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber
maklumat : Portal Pendidikan Utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)